2 Juta pemain dalam satu masa adalah sebuah jumlah yang amat besar dan patut dibanggakan. Itulah yang telah dicapai oleh permainan video PlayersUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang sekaligus mencipta rekod baharu bagi pelayar Steam pada tahun ini. Malah rekod pemain ini juga mengalahkan permainan video terkenal, Dota 2 yang pernah mencapai 1.4 juta pemain dalam satu masa.
Dengan pencapaian ini, PlayerUnknown mengambil kesempatan untuk berkongsikannya melalui akaun sosial Twitter dibawah:
OVER TWO MILLION!! Thank you all, once again, for your continued support <3 pic.twitter.com/Gf9DEjuhBv
— PLAYER @ BGS (@PLAYERUNKNOWN) October 11, 2017
Mod “Battle Royale” kini semakin hangat khususnya selepas permainan seperti GTA Online, PUBG, dan juga Fortnite, sebuah permainan dibina oleh Epic Games. Ironinya, Epic adalah sebuah studio pemaju untuk Unreal Engine yang digunakan oleh PUBG.
Artikel asal: Gamer Matters