Sony mengumumkan statistik yang menarik hari ini bahawa konsol PlayStation 4 telah terjual lebih dari 35.9 juta unit diseluruh dunia. Jualan PS4 agak memberangsangkan baru-baru ini khususnya terjual lebih dari 5.7 juta unit semasa musim cuti Krismas lepas.
“Kami benar-benar gembira melihat banyak orang kini memilih PS4 sebagai konsol pilihan mereka khususnya untuk musim cuti lepas. Sudah semestinya komuniti gamers PS4 kini makin mengembang.” Kata Andrew House, salah seorang orang penting dari Sony Computer Entertainment.
Pelanggan PlayStation Plus untuk tahun 2015 juga meningkat sebanyak 60% berbanding dengan tahun 2014.