fbpx

PlayStation 4 Slim Berwarna Putih Akan Dipasarkan Di Malaysia 19hb Januari

Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa PlayStation 4 versi warna putih ataupun dikenali sebagai Glacier White akan hadir didalam pasaran Malaysia pada 19hb Januari ini. Melalui sumber Lowyat.NET, pengumuman tarikh pasaran ini dikeluarkan sejurus selepas pelancaran warna Glacier White PS4 Slim ini untuk pasaran Jepun dan Eropah.

Harga yang akan dijual adalah RM1,399 untuk versi 500GB manakala RM1,499 untuk 1TB, harga yang hampir sama dengan versi sekarang melalui laman web rasmi Sony.

Alat kawalan untuk warna ini juga boleh dibeli secara asing pada tag harga RM209. Satu lagi warna alat kawalan yang unik, Green Camouflage juga dipasarkan pada tarikh yang sama.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -