Bermula dari 1hb Jun sehingga 22hb Jun 2017, PlayStation Asia menyambut ulang tahun langganan premium mereka, PlayStation Plus untuk tahun yang ke-7. Bersempena dengan sambutan itu, mereka juga memberikan hadiah percuma seperti PlayStation 1TB kepada umum.
Hadiah-hadiah lain juga diberi seperti fon kepala tanpa wayar, alat kawalan DUALSHOCK 4, kad prabayar PlayStation Network. Kesemua hadiah ini dibuat melalui halaman rasmi Facebook PlayStation Asia.
Dalam masa yang sama, beg Denim Tote PS Plus edisi terhad diberi kepada pembeli langganan setahun PlayStation Plus melalui pengedar sah PlayStation bermula dari 5hb Jun. Manakala, 2 bulan tambahan diberi secara percuma kepada sesiapa membeli langganan tersebut secara atas talian melalui PlayStation Store.
Sumber: PlayStation Asia