Tidak tersangka-sangka, Sony pun ikut jejak Nintendo dengan penghasilan semula konsol klasik mereka. Jika Nintendo dengan NES Classic dan SNES Classic, Sony pula menerjah dengan Playstation Classic. Konsol klasik ini bakal dimuatkan dengan 20 permain terbina dalam.
Dimensi fizikal PS Classic ini telah dikecilkan kepada 45% saiz asal. Antara ciri tersedia adalah output paparan HDMI, dua joypad PS1 pra-Dualshock iaitu versi tanpa kekayu analog (Apa ni Sony????), dan tiga butang asal konsol yang mana dua telah diperbaharui fungsinya: “Reset” kini merehatkan (suspend) permainan dan “Open” ditukar dari membuka ruang cakera kepada butang untuk ke menu utama pilihan permainan.

Setakat ini hanya 5 permainan telah diumumkan secara rasmi:
- Final Fantasy VII
- Tekken 3
- Ridge Racer 4
- Jumping Flash
- Wild Arms
Playstation Asia juga telah mengumumkan harga rasmi untuk PS Classic di Malaysia iaitu RM429 dan akan mula dijual serentak seluruh negara dan negara-negara Asia Tenggara. Nah, kalau nak rasa nostalgik bermain semula permainan Playstation dulu-dulu boleh lah dapatkan konsol mini ini.
Sumber: Playstation Blog