Bermula dari 1hb Mac, PlayStation Asia menawarkan pakej diskaun yang menarik, Langganan PlayStation Plus selama setahun bersama permainan video terpilih dengan harga yang agak rendah.
Tiga permainan yang ditawarkan didalam promosi ini adalah Bloodborne, Titanfall 2 dan juga Final Fantasy XV dengan harga yang berlainan seperti dibawah:
Pakej dengan harga yang terendah adalah Bloodborne, pada harga RM129. Manakala Titanfall 2 pada harga RM167 dan Final Fantasy XV di paras RM201. Kesemua pakej ini termasuk dengan langganan ahli premium, PlayStation Plus selama 12 bulan.
Tawaran ini akan tamat pada 31hb Mac ini, namun bagi Bloodborne dan Titanfall 2 hanya diberi sehingga 15hb ini.