fbpx

PlayStation VR Bukan Untuk Kanak-Kanak: Sony

Selepas kemaskini PlayStation 4 kepada versi 3.50 (Musashi), terma dan juga maklumat panduan penggunaan mempunyai kandungan baharu dan ianya berkenaan dengan PlayStation VR. Salah satu maklumat dibawah topik “VR Headset Safety Notice” adalah dimana PS VR tidak sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun.

Maklumat lain seperti memastikan keadaan sekililing adalah luas dan tiada barang / halangan, pemain juga hendaklah memastikan ketiadaan kanak-kanak dan juga binatang peliharaan berada di sekitar semasa bermain dengan PlayStation VR.

Sepertimana unit VR ini menggunakan teknologi pergerakan dengan interaksi mata dan kepala pemain, maka ianya disyorkan untuk berhenti bermain serta merta jikalau pemain terasa pening atau khayal.

eurogamer-n1hk9q

Ini amat menarik, atas kerana pihak pesaing yang lain (HTC Vive dan Oculus) tidak menyatakan apa-apa maklumat tentang isu keselamatan untuk kanak-kanak, walaupun mereka menyatakan bahawa pemain akan merasa letih selepas sesi bermain dalam jangka masa yang panjang.

Sony akan mengeluarkan pelbagai info seperti harga dan tarikh pasaran untuk PlayStation VR pada 15hb Mac ini di San Francisco.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -