fbpx

Pokémon Sun / Moon Terjual Hampir 2 Juta Unit Hanya Selepas Tiga Hari Dari Pelancaran

Mengikut dari sumber Famitsu (melalui DualSHOCKERS), menyatakan bahawa statistik jualan Pokémon Sun & Moon hampir mencapai 2 juta unit hanya selepas tiga hari dari tarikh pelancaran. Dengan 1,905,107 terjual, ini mencatatkan game kedua terbaik didalam kategori 3DS di Jepun.

Namun, walaupun dengan jumlah jualan yang mengkagumkan, ianya masih tidak mampu menandingi siri sebelumnya Pokémon X and Y yang mendapat 2.096 Juta unit berdasar dari durasi yang sama.

Mengikut dari Nintendo, mereka sudah menyediakan sebanyak 10 Juta unit untuk mula dipasarkan, ini adalah 1.5 kali lebih besar dari Pokémon X and Y.

Setakat ini tiada sumber rasmi oleh Nintendo sendiri mengenai unit jualan Pokémon Sun & Moon.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -