Pokkén Tournament, sebuah game perlawanan untuk siri anime terkenal, Pokémon akan datang untuk konsol Nintendo Wii U. Namun selepas penundaan dibuat semenjak tahun lepas, kini Nintendo telah mengumumkan berita gembira buat peminat bahawa ianya akan berada dipasaran pada 19hb Mac ini. Namun pengumuman tersebut hanyalah untuk pasaran Australia & New Zealand, tiada berita terkini untuk pasaran Asia setakat ini.
“Pokkén Tournament membawakan pengalaman bermain dengan kualiti grafik yang tinggi, sebuah konsep yang tidak pernah diperlihat dimana perlawanan antara karakter Pokémon yang terkenal,” kata Nintendo.
Antara orang penting dari pasukan disebalik pembikinan game ini adalah Katsuhiro Harada dari siri game perlawanan terkenal Tekken dan Masaaki Hoshino dari Soulcalibur.