Populariti Ghost Recon Wildlands Mengalahkan NieR: Automata Dari Pembaca Kami

Now Reading
Populariti Ghost Recon Wildlands Mengalahkan NieR: Automata Dari Pembaca Kami

Selepas kami membuka undian untuk para pembaca memilih permainan yang mereka minati pada minggu lepas, kini kami mempunyai keputusan yang agak menarik kepada semua. Untuk makluman, permainan yang dipertanding adalah Mass Effect: Andromeda, NieR: Automata, The Legend of Zelda: Breath of the Wild, Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands dan Kingdom Hearts HD 1.5 + 2.5 Remix.

Selepas undian ditutup, ianya telah mencapai putus kata dengan senarai pemenang dibawah:

Mengikut dari paparan gambar diatas, ternyata kemenangan diberikan kepada permainan dari Ubisoft, Ghost Recon Wildlands dengan peratusan populariti sebanyak 39.5%. Tempat kedua pula diundi sebanyak 9 orang / 23.7% dari permainan pengembaraan angkasa, Mass Effect: Andromeda dan diikuti Nier:Automata, pada paras 18.4%.

Kami juga membuka pilihan kepada pembaca untuk mengundi sebagai “other” untuk mengundi permainan pilihan mereka selain dari yang disebut didalam senarai, namun ianya tidak dapat diambil kira atas senarai ini hanya untuk permainan yang akan dipasarkan pada bulan ini sahaja.

Terima kasih kepada semua pembaca dan kepada sesiapa yang mengundi untuk program ini. Jumpa lagi dibulan April!

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen