fbpx

Portal Baharu Diumum – Konsep Permainan Serba Baharu Yang Tak Dijangka

Jenaka Valve tidak dapat mengira sehingga nombor tiga sekali lagi terjadi, namun kali ini ternyata tidak dijangka oleh umum. Bukan sahaja Portal baharu tidak diumum sebagai Portal 3, malah ianya bukanlah permainan uji minda pandangan pertama sepertimana yang kita lihat dari siri lepas.

Ianya adalah sebuah permainan pembinaan jalan / jambatan untuk menuju ke destinasi seterunsya.

Bridge Constructor Portal adalah adalah sebuah permainan uji minda yang menggunakan faktor fizik, membolehkan pemain bergerak dari titik A ke titik B dengan menggunakan jambatan. Ternyata berbeza dengan siri asal dengan menggunakan pintu portal.

Satu lagi fakta menarik adalah permainan ini tidak lagi dibina oleh Valve, sebaliknya Headup Games, sebuah studio dari Jerman membina permainan ini. Syarikat ini pernah mengeluarkan beberapa permainan indie untuk pasaran Eropah sebelum ini.

Bridge Constructor Portal akan dipasarkan untuk PC (Windows, MacOS dan Linux) dan juga peranti mudah alih seperti iOS dan Android pada 20hb Disember nanti. Manakala PS4, Xbox One dan Nintendo Switch akan dipasarkan pada awal tahun hadapan.

Artikel Asal: Gamer Matters


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -