Power Bank Terbaharu Dari Razer

Now Reading
Power Bank Terbaharu Dari Razer

Bagi peminat tegar Razer dan juga pengguna tegar gajet mudah alih berita baik buat anda. Razer kini membawakan product terbaru iaitu Razer Power Bank. Tetapi apa yang menarik adalah Power Bank ini dikhususkan kepada pengguna laptop, lebih-lebih lagi laptop keluaran Razer sendiri iaitu Razer Blade Stealth. Razer menyatakan bahawa Power Bank ini dapat meningkat hayat kerja Blade Stealth dari 9 Jam ke 15 Jam.

Selain itu, Razer Power Bank juga sesuai digunakan untuk Macbook, Dell® XPS 13 dan juga Asus Zenbook.2 kerana ianya dikuasakan oleh USB-C. Ia juga dikuasakan dengan QUALCOMM Quick Charge 3.0 dan Razer menjanjikan pengisian semula cas 4 kali ganda lebih pantas dari power bank biasa.

Sumber menyatakan harga Razer Power Bank dijangkakan USD150 dan akan mula dihantar pada March 2017.

 

About The Author
thegamerpapa
Seorang papa yang suka bermain permainan video.
Comments
Leave a response

Komen