fbpx

Pra-Tempah Cyberpunk 2077 Fizikal Dibuka Secara Rasmi Di Malaysia

Kita sedia tahu, RPG baharu dari CD Projekt RED, Cyberpunk 2077 bakal tiba dalam masa yang tedekat. Dan berita ini mungkin satu berita yang teruja untuk anda. Anda boleh mendapatkan Cyberpunk 2077 didalam bentuk fizikal, mahupun didalam versi PC.

Pra-tempah untuk versi fizikal kini telahpun dibuka secara rasmi melalui Epicsoft Asia, selaku pengedar sah untuk Cyberpunk 2077. Pra-tempah ini untuk ketiga-tiga platform, iaitu PS4, Xbox One dan PC.

Apa yang menariknya, setiap pra-tempah, anda akan mendapat pelbagai barangan tambahan yang menarik seperti:

  • Kotak dengan cakera permainan
  • Reversible covers
  • Buku Kompendium menunjukkan dunia permainan
  • Poskad dari Night City
  • Peta Night City
  • Pelekat

Malah, anda juga mendapat beberapa kandungan tambahan yang diberikan didalam bentuk digital:

  • Latar lagu Cyberpunk 2077
  • Buku karya seni
  • Buku sumber Cyberpunk 2020
  • Gambar latar belakang untuk PC atau Mudah Alih

Untuk versi PC didalam bentuk fizikal hanya boleh ditempah secara eksklusif di Impulse Store. Namun didalam kotak permainan tersebut dikandungi CD latar lagu dan kod permainan yang boleh dituntut di GOG.

Cyberpunk 2077 dijual pada harga RM259 untuk PS4 dan Xbox One, manakala RM219 untuk PC, yang juga dijual pada harga yang sama didalam platform atas talian seperti Steam.

Tawaran tempahan awal juga disediakan, pembeli akan mendapat kandungan ekstra seperti set tujuh lencana yang memaparkan logo geng didalam Night City, manakala rantai kunci besi berbentuk dari geng Tyger Claws diberi untuk versi PC.

Tawaran Tempahan Awal Konsol.
Tawaran Tempahan Awal PC.

- Iklan -

Untuk tempahan awal, ianya bermula dari 18hb Mei sehingga 7hb September, untuk pembelian dari penjual yang terpilih sahaja dan stok adalah terhad.

Edisi Koleksi Khas juga bakal ditawarkan di Malaysia dengan berharga RM1,180. Edisi ini akan mula dipasarkan pada 7hb September nanti.

Edisi Koleksi Khas

Selain dari itu, sama-sama kita nantikan acara Night City Wire pada bulan hadapan untuk maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini. Cyberpunk 2077 akan mula dipasarkan pada 7hb September untuk PS4, PC dan Xbox One.

Berkaitan

- Iklan -

Komen