fbpx

Pra Ulasan Genshin Impact – Cita-Cita Yang Tinggi, Namun Masih Lagi Permainan Gacha

Permainan terkini dari Mihoyo, Genshin Impact mengejutkan dunia permainan video dengan popularitinya secara mendadak sehingga 10 juta pemain didalam masa sehari selepas pelancaran. Permainan RPG dunia terbuka ini adalah percuma dan bukan sahaja dilancarkan untuk mudah alih, namun PS4 dan PC juga, satu pendekatan baharu dari studio pembangun.

Mungkin ramai berbahas dengan topik kontroversi mengenai betapa serupanya permainan ini dengan The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild.

Selepas beberapa jam sesi permainan dengan Genshin Impact melalui versi PC, saya boleh katakan, ianya permainan video yang hebat untuk platform mudah alih. Akan tetapi, ianya hanya sekadar “okay” untuk PS4 dan PC.

“Breath Of The Waifus Dan Husbandos”

Mari mula dengan perkara yang jelas, tentang inspirasi permainan ini dengan Breath Of The Wild. Genshin Impact membawakan konsep dunia terbuka, dimana pemain bermula di bahagian tengah dunia dan mengembara untuk mendedahkan kawasan didalam dunia tersebut.

Terdapat beberapa khemah musuh, peti misteri yang memerlukan pemain untuk menyelesaikan teka-teki melalui teknik lompatan dan juga pendakian. Beberapa material juga boleh diperoleh untuk crafting atau memasak. Dan ia juga didatangkan dengan gaya seni yang sederhana namun menarik, ditambahkan dengan runut bunyi yang baik. Anda juga boleh mendaki dan meluncur dengan meter stamina yang menghadkan anda untuk aktiviti tersebut.

Ianya tidaklah mempunyai sistematik yang kita boleh anggap dari permainan “inspirasi” Zelda ini. Kerana ketiadaan manipulasi fizik terang sekali ianya membawa pendekatan berbeza. Namun, sistem kimia dimana elemen yang berbeza membawa reaksi sesama sendiri untuk mencapai satu bentuk, akan kami terangkan kemudian.

Ketiadaan kemerosotan kualiti barang adalah satu perkara yang diterima dengan baiknya.

Satu lagi perkara baik adalah perincian model karakter didalam permainan ini. Ada sebab baiknya mengapa gaya karakter amat cantik dilihat, termasuklah NPC juga. Artistik permainan ini yang diinspirasikan oleh anime, amatlah mempersonakan.

- Iklan -

Masih Lagi Permainan Gacha

Mungkin tiba masa untuk henti dan fikirkan, Genshin Impact juga boleh dimainkan didalam mudah alih. Anda boleh mengembara didalam dunia terbuka ini seperti permainan RPG dan memerlukan perlawanan yang teliti berbanding dengan mengenakan teknik tempur automatik dari permainan mudah alih yang lain. Didalam perkara ini, Genshin Impact semestinya amat baik jikalau dibandingkan dengan kebiasaan yang kita lihat dengan permainan RPG mudah alih yang lain.

Akan tetapi, ianya masih lagi permainan gacha (bermakna, memerlukan pembayaran untuk memperoleh kandungan mudah menang). Untuk memperoleh karakter baharu dan senjata yang lebih baik, anda perlu “wish”, dimana sebuah sistem gacha didalam permainan ini. Namun, sebagai permulaan, anda boleh memperoleh 4 karakter sebagai permulaan, ditambah dengan dua karakter melalui sistem gacha tersebut.

Seperti kebiasaan kita lihat, ianya percuma untuk permulaan, sebelum sistem gacha ini nampak lebih jelas selepas beberapa jam sesi permainan.

Sistem Tempura Yang Ringkas Tetapi Efektif

Genshin Impact menggunakan sistem tempur waktu sebenar, dan sebagai genre aksi-RPG, ianya okay. Hanya satu butang serangan biasa, dan satu lagi untuk serangan dengan elemen. Serangan elemen yang lebih berkuasa juga diserta, namun memerlukan masa untuk menegecas. Tiada butang menghalang, namun anda boleh mengelak dengan butang lari.

Ianya ringkas dan saya faham mengapa. Namun, sistem ini tidaklah ringkas seperti kita anggap jikalau dimainkan didalam mudah alih.

Apa yang menarik dengan sistem tempurnya adalah sistem elemen mereka. Bukanlah kerana elemen apa yang efektif kepada elemen masing-masing. Namun, lebih kepada sistem seperti “Magicka”, dimana elemen boleh digabungkan untuk mencipta status efek yang lain. Contoh, karakter yang basah boleh beku dengan elemen Cyro.

Secara teoirnya, ianya nampak menarik, namun melalui pengalaman saya sendiri, ianya tidaklah satu perkara yang menakjubkan. Mungkin sistem yang berbeza ini tidak kena dengan saya, namun ianya mengingatkan saya mengenai sistem “setup-and-trigger” dari Mass Effect.

Anda hanya boleh kawal satu karakter dalam satu masa, namun anda boleh tukarnya dengan mudah. Bermainan dengan kombo elemen dengan menggunakan suasana adalah kunci kemenangan. Ya, keadaan suasana juga penting, seperti kebakaran pada rumput akan merebak semasa sesi pertempuran.

Permulaan Yang “Percuma”, Tetapi Berapa Lama?

10 jam pertama didalam Genshin Impact ternyata saya rasa pembangun amat pemurah dengan ganjaran yang diterima. Namun untuk berapa lama? Walaupun cubaan mereka untuk membezakan dari permainan gacha yang lain, ianya masih mempunyai faktor yang ramai takuti dari permainan percuma, dimana pemain perlu bermain berjam lamanya sehingga membawa perasaan keinginan untuk membuat pembelian dengan menaikkan tahap dengan lebih cepat.

- Iklan -

Anda akan mendapat mata XP dengan setiap perlawanan dengan musuh dan anda juga masih memerlukan barangan yang membawa ganjaran XP untuk menaikkan tahap karakter. Senjata juga perlu dinaikkan tahap juga dengan XP mereka tersendiri.

Jikalau anda sudah terbiasa dengan konsep RPG mudah alih ini, maka permainan ini tidaklah menjadi masalah untuk anda. Namun saya risau dengan pemain PS4 dan PC yang akan didedahkan dengan sistem ini buat pertama kali. Jikalau anda fikir semula, Gacha adalah sebuah sistem kotak tikam yang amat efektif, dan ianya bukan sahaja kepada kosmetik permainan semata.

Kesimpulan

Genshin Impact mengecilkan jurang yang kita biasa lihat anda pemain mudah alih dengan konsol melalui RPG dunia terbuka yang dibuat dengan baik. Malah, ianya nampak menawan, prestasi yang baik semenjak dari pelancaran lagi.

Untuk dibandingkan dengan piawaian kualiti permainan-permainan konsol atau PC yang lain, ianya seakan permainan RPG yang mengambil banyak elemen dari Breath Of The Wild. Namun, agak berbeza bagi platform mudah alih, ianya semestinya satu lompatan yang besar.

Sekurang-kurangnya, elemen gacha didalam permainan ini masih lagi nampak minimal. Malah, artistik karakter yang direka dengan baik, ianya satu perkara yang harus dipuji.

Pra ulasan ini dibuat melalui versi PC. Artikel ini diterjemah sepenuhnya dari versi asal di Gamer Matters.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -