Sony semalam mengumumkan prestasi jualan konsol utama mereka, PlayStation 4 yang kini telahpun mencapai 60 juta unit diseluruh dunia. Data ini adalah dari tarikh pelancaran konsol ini, November 2013 sehingga Mac 2017 dan ianya adalah jumlah unit yang diedarkan kepada kedai penjual.
Menariknya, Sony terjual lebih 2.9 juta unit hanya didalam satu suku tahun keempat mereka, Januari hingga Mac 2017. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 26% dari tempoh yang sama pada tahun lepas dengan 2.3 juta unit.
Mengikut dari Sony, mereka telahpun terjual sebanyak 20 juta dari tahun fiskal 2016 mereka, iaitu April 2016 – penghujung Mac 2017. Manakala, Sony meramalkan bahawa prestasi jualan konsol ini menurun untuk tahun fiskal 2017, sekurang-kurangnya 10% sebagai perbandingan dari tahun 2016.
Jikalau ramalan mereka benar, maka Sony akan terjual lebih dari 78 juta unit PS4 diseluruh dunia dan akan menghampiri statistik generasi sebelumnya, iaitu PlayStation 3 pada paras lebih dari 80 juta secara kesuluruhan.
Walaupun ramalan menunjukkan penurunan, Sony masih lagi mendapat keuntungan dari penjualan konsol tersebut.
Sony juga menyatakan bahawa pelbagai permainan baharu akan dilancarkan untuk merancakkan lagi penjualan konsol ini, khususnya kepada permainan eksklusif seperti Uncharted: The Lost Legacy dan Gran Turismo Sport.