Permainan klasik dari Ubisoft, Prince of Persia mungkin kembali semula didalam bentuk remake untuk konsol PS4 dan Switch jikalau maklumat tertiris ini benar.
Salah satu syarikat penjual permainan video di Guatemala, memuat naik penjualan permainan Prince of Persia Remake secara tidak sengaja sebelum ianya dipadam selepas maklumat tersebut ditularkan didalam internet. Kesilapan tersebut turut serta dengan tarikh pelancaran permainan tersebut, iaitu pada bulan hadapan.
Mengikut dari DualShockers, Max adalah salah satu syarikat penjual permainan video rasmi di negara tersebut.
Prince of Persia adalah sebuah permainan aksi-pengembaraan yang dilancarkan semenjak tahun 1989, dan permain tersebut menjadi terkenal dengan siri The Sands of Time melalui mekanik dan kualiti grafik yang baik pada tahun 2003.
Beberapa pendapat menyatakan Ubisoft mungkin membawa semula siri trilogy Prince of Persia yang asal untuk versi remake ini.