Satu berita yang agak mengejutkan, Project CARS 3 diumum oleh pembangunnya, Slightly Mad Studios akan dijadualkan untuk sedia dipasaran pada musim panas nanti, iaitu antara pertengahan Jun sehingga September.
Pengumuman yang mengejut ini sejurus selepas penundaan permainan Fast and Furios Crossroad yang diumum pada minggu lepas.
Pengumuman Project CARS 3 juga dibawakan dengan video dimana kita dapat lihat beberapa pengalaman permainan seperti perlumbaan dan ubah suai kereta.
Nampaknya siri baharu permainan perlumbaan ini tidak seperti sebelumnya yang lebih memfokuskan kepada aspek perlumbaan simulator.
Untuk mod kerjaya permainan ini mungkin membawakan pendekatan yang lebih kepada konsep permainan Need for Speed Shift, mengikut dari kenyataan pembangun “from weekend warrior to racing legend in stunning global locations“. Maka ternyata ianya satu pendekatan yang menarik untuk permainan perlumbaan ini.
Project CARS 3 bakal mula dipasarkan pada musim panas ini untuk platform PS4, PC dan Xbox One.