Cepat atau tidak dunia sekarang, kini stduio pembina Project CARS, Slightly Mad Studios sudah memulakan crowdfunding untuk siri Project CARS yang kedua.
Berdasarkan daripada Slightly Mad, sekuel baharu akan mempunyai 50 lokasi dengan lebih 200 trek dan 8 jenis perlumbaan (seperti Rallycross, Touge dan Hillclimbs).
Ianya juga akan mempunyai mod Co-op dimana anda boleh bermain dengan rakan anda.
Pembina game ini sudah membuka laman web Crowdfunding didalam program World of Mass Development dimana peminat boleh menyumbang sekurang-kurangnya USD$79 (RM295).

