Kalau korang ingat, peminat Malaysia masih mendapat habuan paling bermakna dari Playstation, dengan acara PlayStation Experience (PSX) Asia Tenggara pertama kali dibuat, dan ianya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
PSX SEA kembali kepada peminat serantau untuk tahun kedua dan ianya bertempat di kota metropolitan Bangkok, dekat GMM Live House pada 18-19hb Ogos tahun ini.
PlayStation Experience is returning to South East Asia this year in Bangkok on 18 and 19 August!
Stay tuned for more details here: https://t.co/aMQ35Glu3s#PSXSEA2018 #PlayEverythingPS4 pic.twitter.com/uRmltUt3ZP
— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) June 28, 2018
Kali ini, ianya akan dibuat selama dua hari berbanding dari tahun lepas, dan dan berkemungkinan akan mempunyai harga tiket masuk (mungkin untuk mengelak barisan orang yang ramai seperti tahun lepas).
Empat senarai permainan yang boleh dimain juga diumum, iaitu Astrobot: Rescue Mission, Blood & Truth, Firewall Zero Hour dan Frantics. Tiga daripada senarai tersebut adalah permainan PS VR. Namun masih awal untuk membuat andaian bahawa PSX kali ini akan memfokuskan pada VR.
Kami juga berharap pengunjung dapat menikmati pengalaman bermain permainan yang pernah dibawa kepada peminat di E3 2018 seperti Ghost of Tsushima mahupun permainan dari Imsoniac, Spiderman.
Setakat ini tiada maklumat lanjut diberi oleh pihak Playstation, nantikan berita selanjutnya.
Sumber: Playstation

