PUBG (PlayerUnknown’s Battlegrounds) akan mula dilancarkan pada konsol Xbox One nanti dan satu info tertiris mengenai prestasi kadar kelajuan permainan tersebut.
Info yang dibawa dari GamesTM (Melalui Wccftech), Brandon Greene menyatakan bahawa permainan ini boleh dimainkan pada kelajuan 60fps untuk konsol Xbox One X.
“Definitely on Xbox One X, 60fps”
Berikut adalah kenyataan beliau. Ianya juga akan membawa tekstur resolusi 4K untuk kedua-dua Xbox One X dan PC.
Manakala prestasi untuk konsol Xbox One biasa masih lagi membawa persoalan. Bergantung kepada status pembangunan permainan ini kepada platform konsol, maka setakat ini ianya akan dihadkan pada kadar 30fps buat masa ini.
Greene juga menyatakan, bahawa mereka cuba untuk mensasarkan prestasi permainan tersebut kepada 60fps untuk Xbox One versi sebelumnya.
“So we’re aiming for 60; not sure if we’ll get there, but that is our aim.”
PUBG untuk PC akhirnya akan dikeluarkan dari status Early Access pada bulan Disember ini, dengan video gameplay dikawasan padang pasir dipertonton semasa The Game Awards, sebagai salah satu peta dan akan hadir untuk permainan ini. Tencent, sebuah syarikat di China juga akan cuba realisasikan permainan ini didalam bentuk aplikasi untuk peranti mudah alih.
Sumber: GamesTM (Melalui Wccftech)
Artikel ini diterjemah dari: Gamer Matters