Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Rage 2 Akan Dikuasakan Oleh Enjin APEX, Mensasarkan 60fps Untuk PS4 Pro Dan Xbox One X

35

Pembikinan Rage 2 akan melibatkan dua studio pemaju, iaitu id Software (Pemaju Doom, Quake dan Rage) dan juga Avalanche Studios (Pemaju just Cause dan Mad Max). Pada acara E3 2018, permainan tersebut mendapat beberapa demo selepas tirisan berlaku sebelum acara tersebut yang menyebabkan Bethesda untuk mengumumkan permainan tersebut lebih awal serta lebih banyak info diberi.

Permainan ini juga akan menggunakan enjin APEX, sebuah teknologi milik Avalanche Studios yang pernah menjanakan siri Just Cause sebelum ini. Namun, Just Cause 3 pernah mengalami masalah optimasi untuk platform PS4, dimana penurunan framerate berlaku secara mendadak terutama sekali semasa letupan dan keadaan kelam kabut didalam permainan.

Akan tetapi, Avalanche kali ini akan cuba untuk membawakan Rage 2 pada paras 60fps untuk PS4 Pro dan Xbox One X, melalui temuramah mereka bersama Eurogamer pada acara E3 2018 yang lepas.

Seperti biasa, untuk konsol biasa akan terlepas peluang untuk menikmati kelancaran kualiti permainan tersebut, namun ianya sebuah langkah yang besar bagi Avalanche.

Rage 2 akan mula dipasarkan pada tahun 2019 untuk PS4, PC dan dan Xbox One.

Sumber: Eurogamer melalui VG 24/7

Artikel ini diterjemahkan dari artikel asal, Gamer Matters.