Razer Akan Beri Ganjaran Wang Tunai Kepada Sesiapa Bawa Kembali Valerie

Pada CES lepas, Razer mengejutkan ramai orang dengan mempamerkan komputer riba khas untuk gaming yang mempunyai 3 skrin dengan spesifikasi yang tinggi, Valerie. Dalam masa yang sama, ianya dilaporkan bahawa dua unit prototaip ini telah dicuri dari tempat acara CES tersebut.

Hari ini, Razer mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sanggup berikan ganjaran didalam bentuk wang tunai sebanyak USD $25,000 (anggaran RM111,800) kepada sesiapa yang bawa kembali komputer riba tersebut ataupun memberitahu maklumat dan siapakah disebalik isu pencurian ini.

“Our teams worked months on end to conceptualize and develop these units,” Min-Liang Tan, Razer CEO

Kata beliau tentang kerja keras dihadapi oleh pasukan disebalik pembikinan Valerie ini.

“It is cheating, and cheating doesn’t sit well with us,” he said. “Anyone who would do this clearly isn’t very smart.” Min-Liang Tan, Razer CEO

Beliau berkata lagi tentang ketidak puas hati kepada pihak yang melakukan pencurian ini.

Komputer riba prototaip ini amatlah mahal dengan kos sebanyak RM16,500 sebagai anggaran, sudah semestinya ianya sebuah berita amat buruk buat Razer dan juga Min-Liang Tan, CEO kepada syarikat tersebut.

Sumber: CNN

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen