Valve selaku syarikat yang mengendali pelayar Steam, mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mencapai statistik baharu, iaitu jumlah pemain log masuk ke akaun Steam dalam satu masa.
Jumlah sebanyak 12.5 Juta pemain log masuk pada 31hb Oktober 2015. Ini adalah sebuah rekod yang tertinggi dari sejarah berbanding dengan statistik sebelum ini pada 10.7 Juta pemain pada awal Oktober, manakala 9.5 Juta pada bulan May di dalam tahun yang sama.
Steam adalah sebuah pelayar yang terkenal kepada gamers PC yang mempunyai 125 Juta akaun dengan lebih dari 6,000 senarai game seperti Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, Team Fortress 2 dan Grand Theft Auto V sebagai 10 game terkenal.
Dengan kedatangan Steam Controller, Steam Machines dan juga jualan atau diskaun yang diberikan khususnya pada hujung bulan, berkemungkinan Steam akan mencapai rekod sekali lagi.