Terang ingin saya nyatakan, saya agak skeptikal pabila Capcom mengumumkan Resident Evil 3 Remake, setahun selepas RE2 dilancarkan. Dengan tempoh masa yang agak dekat, remake RE3 ternyata didalam situasi risiko yang tinggi atas lambakan “remake” oleh Capcom ini.
Namun, hari ini, saya akui, remake untuk Resident Evil 3 ini ternyata ianya adalah sebuah permainan video aksi yang terbaik didalam generasi konsol kini dan ianya disampaikan dengan baik sekali.
Penyampaian
Seperti didalam RE2, penggunaan Capcom terhadap RE Engine mampu mencapai beberapa kualiti didalam faktor grafik permainan ini. Suasana kelam di Raccoon City, sepertimana dengan elemen kereta rosak, kekacauan, dan zombie, amatlah cantik semasa anda bermain kedua karakter iaitu Jill dan Carlos menempuhi pekan ini atas tujuaun melarikan diri dari Tyrant Nemesis (Dimana akan saya terangkan sebentar nanti).
Seperti siri sebelumnya, transisi dari kualiti poligon grafik di zaman PS1, ke kualiti grafik moden generasi kini amatlah sempurna dan memuaskan hati, khususnya butiran diberi di sesetengah kawasan. Beberapa elemen yang serupa seperti ofis RPD dan kedai senjata Kendo juga diserta, untuk mengukuhkan lagi siri RE3 ini didalam garis masa jalan cerita siri RE.
Selain dari itu, seni bina suara amatlah serupa dengan RE2 Remake (dan ianya faktor yang baik dan boleh diambil terima) dan kesemua karakter sampingan seperti Nikolai dan Tyrell juga mendapat penambahbaikan, membuatkan mereka serasi dengan penceritaan permainan ini yang amat berbeza dengan versi original.
Pengalaman Permainan
Penambahbaikan Resident Evil 3 Remake adalah mengikuti cara permainan dari RE2, namun beberapa elemen permainan ini ditambah sekaligus membawa aksi pengalaman yang lebih baik.
Sebagai permulaan, elemen seperti teka-teki tidaklah ditekankan didalam permainan ini. Keputusan Capcom ini sedikit sebanyak akan mebawa persoalan dari peminat siri ini, namun secara personal, saya rasa Capcom membuat sesuatu keputusan yang baik kerana ianya akan membawa pengalaman permainan yang lebih cepat. Namun, bukan kesemuanya dibuang dari siri RE3 versi original, maka pemain boleh mengalaminya.
Konsep Quick Time Events juga amat memuaskan didalam pengalaman permain beserta dengan mekanik mengelak secara bergolek.
Akhirnya tiba masa untuk kita bercakap tentang tarikan utama permainan ini, Nem-chan a.k.a. The Nemesis Tyrant. Sejujurnya, Nem-chan sebagai antagonis tidaklah memberi ancaman semasa berlari (Jikalau dibandingkan dengan Mr.X) dan tidaklah sukar untuk mengelak dari beliau, melainkan beliau bermutasi kepada beberapa bentuk beliau yang lain.
Ternyata dengan ciri karakter tersebut, ianya membawa pengalaman yang lebih menyeronokkan, jikalau dibandingkan dengan Mr. X yang lebih agresif dan mengejar tanpa henti, sekaligus pengalaman lebih mencemaskan dan mendebarkan.
Tahap Kepuasan
Saya rasa, kalau nak dibandingkan dengan RE2 Remake, ianya tidak masuk akal untuk membandingkan mana satu lebih baik dan mana satu lebih unggul, namun sebagai seorang pemain yang dikenalkan dengan siri 4 dan Umbrella Chronicles, semestinya Resident Evil 3 Remake membawakan memori tentang Resident Evil: Aksi dalam satu masa dan tekanan dalam satu masa yang lain, dengan jalan cerita yang menarik namun mudah difahami.
Walaubagamanapun, saya agak tidak setuju dengan sesetengah mode Resistance, yang dimana saya akan terangkannya didalam artikel yang lain.
Rangkuman
Resident Evil 3 Remake adalah sebuah permainan yang singkat namun menarik mengenai Jill Valentine melarikan diri dan berlawan dengan Tyrant.
Namun permainan ini bukanlah sempurna, kekurangannya mungkin perbandingan yang boleh dilihat secara ketara dengan versi originalnya, namun ianya bukanlah sesuatu perkara yang buruk. Setakat ini, kami mengharap siri Resident Evil masih mendapat momentumnya untuk Capcom melancarkan siri seterusnya akan datang kelak.
Reviu ini dibuat melalui PlayStation 4 (Versi biasa), yang diberikan oleh syarikat penerbit, Capcom.
Resident Evil 3 (2020 Remake)
Resident Evil 3 Remake adalah permainan yang ringkas namun menyeronokkan. Namun permainan ini bukanlah sempurna, kekurangannya mungkin perbandingan yang boleh dilihat secara ketara dengan versi originalnya, namun ianya bukanlah sesuatu perkara yang buruk. Setakat ini, kami mengharap siri Resident Evil masih mendapat momentumnya untuk Capcom melancarkan siri seterusnya akan datang kelak.
- Penyampaian 8.6
- Pengalaman Permainan 8.5
- Tahap Kepuasan 8