Resident Evil Revelations Akan Hadir Semula Di PlayStation 4 & Xbox One

Now Reading
Resident Evil Revelations Akan Hadir Semula Di PlayStation 4 & Xbox One

Beberapa hari yang lepas, Capcom membuat pengumuman mengenai penjualan semula Resident Evil Revelations untuk konsol generasi kini PlayStation 4 dan Xbox One. Permainan ini secara asalnya dijual secara eksklusif untuk konsol mudah-alih Nintendo, 3DS pada tahun 2012. Namun status eksklusif tersebut tidak bertahan lama pabila versi HD dijual untuk platform PlayStation 3, Wii U, Xbox 360 dan juga PC, setahun selepas pelancaran asal.

Penjualan semula ini masih lagi tidak mendapat tarikh rasmi, namun ianya akan dijual didalam bentuk fizikal atau digital kepada pembeli.

Berkemungkinan ianya mungkin tidak akan mempunyai banyak beza berbanding dengan penjualan dari konsol sebelumnya.

Sebelum ini, Capcom telah memfokuskan banyak permainan klasik mereka dengan penjualan semula untuk konsol generasi kini kepada pengguna, maka tidak hairanlah Revelations akan mendapat teknik yang sama.

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen