fbpx

ReviuMalaya – Batman: Arkham Knight

Selepas, Asylum, City dan Origins, kini Arkham Knight adalah sebuah game yang diperkatakan sebagai episod yang terakhir dalam siri game Batman. Maka ramai yang mengharapkan bahawa game ini memberikan sebuah lagi impak yang terbaik buat pemain. Dengan gajet, teknologi dan teknik perlawanan baharu adakah Arkham Knight memberikan kepuasan terbaik buat peminat? Berikut adalah reviu daripada GamerMalaya.my yang julung kalinya dibuat didalam Bahasa Malaysia.

Rancangan ini ditaja oleh GameHyperMart.com. Dapatkan koleksi game & gajet gaming terkini dengan harga yang kompetitif dan khidmat pelanggan yang terbaik.

20150628 - gamehypermart-com-home-banner-gaming-laptop-2-763x380

Layari GameHyperMart.com atau melalui laman sosial mereka di Facebook.com.

PENDAHULUAN
Misi Batman masih lagi berterusan dengan pemburuan Scarecrow sebagai musuh utama dengan pelepasan toksin beliau ke seluruh kota Gotham. Dengan toksin ini, kesannya amat menakutkan dengan kadar merebak yang pantas. Maka Batman adalah harapan yang terakhir untuk menghentikan perkara ini atau kota Gotham akan musnah sepenuhnya.

Seperti yang kita tahu, walaupun ketiadaan Joker didalam siri kali ini, Batman masih lagi akan menempuhi banyak musuh beliau seperti Two Faces, Penguin, Harley Quinn, Riddler dan musuh yang baharu & misteri, yang secara terangnya dinyatakan pada tajuk game ini, Arkham Knight.

Arkham Knight Batman
Walaupun watak penjahat, kami merasakan kostum beliau amat “cool”

GRAFIK
Apa yang kami boleh katakan, kualiti grafik didalam game ini boleh dikatakan teramat cantik dan amat menakjubkan. Dengan bantuan enjin Unreal Engine, segala ciri grafik didalam Arkham Knight amat teliti dan realistik.

Graphic Batman Arkham Knight
Kualiti grafik yang amat cantik, tengok hidung dia!!

Dengan suasana gelap pada waktu malam yang sinonim dengan tema Batman, tambah lagi dengan keadaan hujan yang menambahkan lagi suasana grafik yang amat cantik.

Malah, grafik yang diberikan amatlah teliti sehinggalah segala material yang kecil seperti tembok jalan, pokok boleh dimusnahkan sebegitu sahaja dengan menggunakan Batmobile.

- Iklan -

SUARA
Kesan suara terhadap game ini amatlah unik dan memuaskan kami. Daripada kesan suara latar belakang, muzik dan juga semasa perlawanan yang serba sedikit memberi tips kepada pemain semasa melumpuhkan sekumpulan orang jahat.

Batman Combat Arkham Knight PS4
Dengan Batman, riban orang pun boleh settle

Sudah semesti Batman tidak boleh membunuh orang sekalipun, maka dengan kesan suara seperti bunyi tumbukan sehingga bunyi seakan patah tulang yang memberikan signal kepada pemain bahawa musuh tersebut telah lumpuh sepenuhnya.

ISI KANDUNGAN
Sebagai salah satu game dengan skala yang besar daripada siri Batman, Arkham Knight sekali lagi berjaya dengan menyediakan pelbagai pilihan kepada pemain.

Isi kandungan yang besar daripada misi utama, sampingan atau AR Challenge dimana anda boleh mencapai markah dengan perbandingan dengan rakan lain secara online.

20150629 - gamehypermart-com-home-banner-jom-raya-763x380

Untuk menghabiskan kesemua misi utama, kami mengambil masa sebanyak hampir 20Jam secara total. Namun berkemungkinan pemain akan mengambil lebih dari 60-100Jam untuk menghabiskan misi-misi sampingan yang lain dengan DLC tambahan kini dan akan datang.

Batmobile Batman Arkham Knight
Jom tembak-tembak dengan Batmobile

Banyak juga isi kandungan baharu berbanding daripada siri Batman yang lepas. Salah satu kandungan yang ketara adalah Batmobile, sebuah kenderaan “signature” untuk Batman kini boleh dimain dalam siri Arkham Knight. Dilengkapi dengan gajet-gajet dan senjata yang mempunyai perbezaan mengikut kepada skala musuh.

Namun walaupun Batmobile adalah salah satu kandungan baharu dengan siri Batman, pihak studio pembina game ini seakan-akan ingin memberikan banyak tumpuan terhadap perlawanan melalui Batmobile berbanding Batman sendiri yang dimana pengendalian kereta didalam game ini agak kelam kabut.

New Batsuit Batman Arkham Knight PS4
Batsuit baharu yang terbaik dipasaran

Dalam masa yang sama, suit baharu batman juga diberikan untuk game ini dengan beberapa ciri perlawanan baharu. Apa yang kami minat dan kagum adalah “Multi Fear Takedown” dimana anda boleh melumpuhkan sebanyak 3 musuh dalam satu masa tanpa cederakan diri sendiri.

RUMUSAN
Kami amat berpuas hati dengan game Batman: Arkham Knight ini. Dengan pengalaman gameplay yang teliti, jalan cerita yang solid, sehingga isi kandungan yang berbaloi untuk pemain, ianya memberi kepuasan terhadap pemain kepada tahap maksima. Walaupun masih lagi tiada berita terkini tentang isu bug pada platform PC setakat ini, namun kami mengharapkan bahawa pihak Warner Bros. akan mengemas kini isu tersebut secept mungkin, kerana Batman: Arkham Knight, adalah sebuah game yang wajib berada didalam koleksi gaming 2015 anda.

Ikuti reviu kami didalam bentuk video dibawah:

- Iklan -


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -