Perlu atau tidak membeli aksesori ini?

Seperti kita tahu, banyak aksesori untuk alat kawalan PlayStation dan Xbox di pasaran sekarang. Aksesori seperti thumb grip khususnya adalah salah satu jenis aksesori yang amat popular dikalangan gamers konsol kini.

Maka kami di GamerMalaya dapat mengalami sesi gaming bersama BattleGrip Revolution 2.0, Bullseye dan juga Sparta MX yang mempunyai fungsi yang unik.

TERIMA KASIH kepada KitaGamers Station kerana sudi memberikan unit reviu kepada kami.

BattleGrip, adalah sebuah jenama dari Indonesia yang bertujuan untuk mengeluarkan produk thumb grip yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Setakat ini, 3 produk yang dikeluarkan, iaitu Bullseye, Revolution 2.0 dan juga Sparta MX. Masing-masing mempunyai keunikan dan karakternya tersendiri namun ianya bergantung kepada personaliti pemain.

3 Jenis BattleGrip, Mana Satu Pilihan Terbaik?

Battle

Bagi pengalaman kami, Bullseye lebih kepada cengkaman yang rapi supaya ibu jari tidak tergelincir dari analog stick anda. Ini amat sesuai untuk game perlawanan, perlumbaan dan sukan seperti Mortal Kombat, Street Fighter, Need for Speed mahupun FIFA. Ia juga amat disyorkan kepada game Adventure / FPS seperti Star Wars Battlefront, Assassin’s Creed ataupun Fallout 4.

Manakala Revolution 2.0 pula adalah lebih kepada jenis rekabentuk yang mengembung ke atas yang dimana membantu dari segi faktor ketepatan semasa bermain game ala fast-paced seperti Call of Duty, Battlefield mahupun Rainbow Six Siege.

Untuk sesiapa yang minat dengan pengubahsuaian mengikut cita-rasa gaming anda, maka Sparta MX adalah aksesori yang perlu ada untuk anda. Ianya agak berbeza dari Revolution 2.0 dan Bullseye, ini adalah kerana ianya didatangkan dengan aksesori tambahan, iaitu pangkalan / base yang senang untuk dipasangkan ke analog stick alat kawalan anda. Dengan Sparta MX, ketinggianya ditambah, maka ini amat terbaik sekali untuk ketepatan semasa bermain.

Menariknya, anda boleh menukar thumb grip kepada Revolution 2.0 atau Bullseye.

DSC01252 (Custom)

Kualiti Bermain Masa Panjang

Ketiga-tiga material BattleGrip ini adalah dibuat daripada jenis getah. Manakala untuk pangkalan / base Sparta MX adalah plastik. Walaupun secara tipikalnya, mengikut pengalaman kami, getah adalah material yang mempunyai kelemahan dari segi ketahanan dan kualiti untuk masa panjang.

DSC01239 (Custom)

Mengikut dari material asal analog untuk alat kawalan PlayStation 4, material getahnya menjadi melekit dan tidak selesa terutamanya semasa jari berpeluh. Namun tidak bagi BattleGrip ini. Kami telah berpengalaman gaming selama hampir 2 bulan dengan thumb grip ini, namun tiada masalah seperti melekit, kerosakan dan permukaan yang lusuh.

Apa Kelebihannya?

Bagi kami, ianya amat selesa dan mudah dikendali bersama BattleGrip ini. Berbanding dari ketiga-tiga produk mereka, kami amat berminat gaming bersama dengan model jenis Sparta MX. Ini adalah kerana keunikan yang diberi sepertimana anda boleh menukarkan thumb grip yang sedia ada kepada model BattleGrip yang lain. Setakat ini, perbandingan dengan jenama terkemuka yang lain, hanya Sparta MX sahaja mempunyai fungsi sebegini.

DSC01260 (Custom)

Namun buat setakat ini Sparta MX hanya sesuai untuk alat kawalan PlayStation 4, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Jenis getahnya juga amat selesa diguna, mahupun semasa berpeluh tiada masalah yang diberi seperti permukaan licin ataupun melekit.

Dari segi harga, ianya amat berpatutan, dari hanya RM16 untuk jenis Bullseye atau Revolution 2.0, manakala RM29 untuk Sparta MX. Anda boleh dapatkan unit ini dari KitaGamers Station.

GALERI GAMBAR

20151213_165909 (Custom)

20151213_165804 (Custom)
DSC01256 (Custom)  DSC01257 (Custom)   DSC01243 (Custom)

DSC01240 (Custom)

DSC01262 (Custom)  DSC01259 (Custom)

DSC01258 (Custom)

DSC01255 (Custom)  DSC01253 (Custom)

DSC01251 (Custom)

DSC01250 (Custom)     DSC01241 (Custom)

Pandangan Positif Kami

- Kualiti getah yang baik
- Murah dan setanding dengan jenama terkenal yang lain
- Sparta MX yang boleh diubahsuai

Pandangan Negatif Kami

- Tiada sokongan Xbox One untuk Sparta MX

Markah Kami
Markah Pembaca
Rate Here
Reka Bentuk
9.5
8.9
Kepuasan Gaming
10
8.2
Harga
10
8.7
9.8
Markah Kami
8.6
Markah Pembaca
7 ratings
You have rated this
About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen