fbpx

Riot Games Menawarkan USD$100,000 Kepada Yang Mampu Dedahkan Sistem Anti-Tipu Valorant, Vanguard

Keyakinan Tinggi Disitu

Pembangun permainan League of Legends, Riot Games menawarkan tawaran menarik kepada pengodam diseluruh dunia untuk mendedahkan ekploitasi sistem Vanguard, sebuah sistem anti-tipu baharu mereka untuk permainan Valorant.

Jikalau anda tidak tahu, Valorant, sebuah permainan penembak pandang pertama kompetitif 5v5 yang diumumkan pada bulan lepas, akan mempunyai sistem anti-tipu bernama Vanguard. Namun, kontroversi timbul apabila sistem ini perlu sentiasa diaktifkan di PC pengguna, mahupun Valorant tidak dimainkan, sekaligus menimbul ketidakpuas hati dan risiko privasi.

Atas amukan di internet, Riot membuat keputusan untuk menawarkan want tunai sejumlah USD $100,000 melalui laman web HackerOne, sebuah laman web dimana insentif ditawarkan kepada pengodam yang mampu mendedahkan ketidakbolehan isu sistem atau perisian sesebuah syarikat.

Valorant adalah didalam status beta tertutup setakat ini dan akan dilancarkan pada pertengahan tahun.

Sumber: IGN

Berkaitan

- Iklan -

Komen