fbpx

RoboCop Akan Hadir Didalam Mortal Kombat 11

Ini salah satu berita yang sukar yang dipercayai. Mortal Kombat 11 akan mendapat pengembangan baharu yang memfokuskan kepada penambahan penceritaan permainan tersebut. Pengembangan yang bertajuk, Mortal Kombat 11: Aftermath, membawakan kandungan baharu dan jalan cerita tambahan khususnya selepas tamatnya jalan cerita asal yang agak tergantung.

Selain dari jalan cerita, tiga karakter baharu juga turut serta. Fujin, Sheeva dan juga Robocop. Namun ini bukan kali pertama karakter filem dibawa oleh NetherRealm Studios. Terminator T-100, The Joker dan Spawn juga pernah dibawa ke Mortal Kombat 11.

Selain dari itu, beberapa kandungan tambahan juga dibawa untuk kesemua pemain. Ini termasuklah tempat perlawanan baharu, juga beberapa kandungan klasik seperti Klassic, Dead Pool dan Soul Chamber yang dimana mengandungi Stage Fatalities. Jikalau anda tidak berapa minat dengan fatalities kasar terkenal dari siri MK ini, mod Friendships kembali untuk mengurangkan adegan-adegan berdarah tersebut.

Mortal Kombat 11: Aftermath adalah sebuah pengembangan yang akan tiba pada 26hb Mei untuk PS4, PC (Steam), Xbox One, Nintendo Switch dan Stadia. Rujuk ulasan rakan kami di Gamer Matters, mengapa mereka memberi markah 5.5 untuk permainan ini.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -