Harmonix, pembina game muzik Rock Band 4, telah mengeluarkan gambar untuk game Rock Band yang dimana untuk plaform PS4 dan Xbox One.
Gameplay eksklusif dari IGN akan dikeluarkan pada 15 Mei 8PM BST (3AM Waktu Malaysia). Ianya mungkin akan dinamakan sebagai Rock Band RPG seperti dinyatakan dilaman web rasmi.
Designer untuk game ini, Alli Tresher berkata, “Kami bekerja keras untuk dengan game ini untuk membuat pemain merasakan mereka sendiri didalam penceritaan sebagai seorang di atas pentas konsert.”

Dalam masa yang sama, Rock Band akan berada di skala 1080p, 60fps untuk plaform Xbox One & Playstation 4.

Rock Band 4 akan dilancarkan dalam hujung tahun 2015.

