Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

Rocket League Akan Hadir Dengan Sunset Overdrive DLC

6

Seperti yang kita tahu bahawa Rocket League sudahpun berada di platform PC dan PS4. Namun ianya dijadualkan untuk Xbox One pada Februari ini. Semalam, Psyonix mengumumkan bahawa DLC baharu juga akan hadir beserta dengan pelancaran game ini kepada platform tersebut.

Salah satu DLC yang akan diumumkan adalah sebuah DLC yang bertemakan Sunset Overdrive, sebuah game eksklusif platform Xbox One dari pembina Imsoniac, sebuah studio disebalik pembikinan siri terkenal Ratchet & Clank.

Anda Mungkin Meminati: Ratchet & Clank PS4 – Baharu Atau Sekadar Remake?

Pelbagai kandungan yang akan diberikan dari DLC ini, seperti senjata, aksesori dan juga buih oren yang sinonim dengan game asalnya.