fbpx

Rocket League Versi Percuma Tidak Memerlukan Langganan Premium Untuk Multi-Pemain Atas Talian

Selepas pengumuman Rocket League bakal menjadi permainan secara percuma, beberapa kandungan dan maklumat juga hadir untuk permainan bola “sepak” kereta ini.

Salah satunya adalah ketiadaan keperluan langganan premium untuk bermain secara atas talian untuk bermain dengan pemain-pemain yang lain. Ini bermakna pemain tidak perlu melanggan PS Plus ataupun Nintendo Switch Online untuk menggunakan fungsi multi-pemain ini.

Namun, pengguna Xbox masih perlu melanggan Xbox Live Gold untuk bermain multi-pemain atas talian.

Rocket League versi percuma bakal hadir kelak pada bulan ini, manakala untuk versi PC hanya tersedia di Epic Games Store.

Berkaitan

- Iklan -

Komen