Rumusan E3: Bethesda 2015

Now Reading
Rumusan E3: Bethesda 2015

Tahun ini diperkatakan adalah tahun pertama bagi Bethesda mempunyai persidangan media mereka sendiri didalam acara E3. Maka banyak penantian dan anggapan dari banyak pihak tentang banyak game yang akan diumumkan oleh Bethesda sendiri. Berikut adalah beberapa pengumuman terpilih oleh Bethesda daripada persidangan mereka:

Fallout 4



Ditempatkan di Kota Boston dengan keadaan suasana post-apocalypse. Dengan trailer yang amat menarik minggu lepas, kini Bethesda mengumumkan Fallout 4 akan berada di pasaran pada 10hb November ini.

Beberapa ciri-ciri diumumkan oleh Bethesda tentang Fallout 4 seperti berikut:

  • Pembinaan karakter yang lebih mudah dan pemilihan sebagai karakter wanita
  • Lebih daripada 700 pilihan modifikasi senjata
  • Pip Boy dengan aplikasi platform iOS dan Android

Fallout 4 akan dilancarkan pada platform PS4, Xbox One dan juga PC.

Fallout 4 – Pip-Boy

Dalam masa yang sama, peminat boleh dapatkan koleksi terhad Pip-Boy dengan harga USD$ 119.99 (RM450) yang diperkatakan agak mahal namun sesuatu unik buat peminat.

Pip-Boy adalah sebuah gajet yang dimana anda boleh melihat informasi tentang karakter sepertimana dilakukan didalam game itu sendiri.

Jikalau kos untuk memiliki sebuah gajet ini amat tinggi bagi anda, Bethesda juga mengeluarkan Aplikasi Pip-Boy untuk platform iOS dan Android.

Dishonored 2



Akhirnya Bethesda mengumumkan sekuel siri game dari tahun 2012, Dishonored 2. Berdasarkan daripada video trailer semasa persindangan ianya berlaku pada zaman 15 tahun selepas berbanding siri asal Dishonored sendiri.

Pemain kini boleh mengawal dua karakter antara Emily Kaldwin dan Corvo Attano sebagai protagonis dari karakter siri pertama yang pernah berjanji untuk melindungi Emily sebagai puteri.

Dishonored 2 akan dilancarkan pada tahun 2016.

Dishonored – Definitive Edition



Bethesda juga tidak melupakan pemain yang terlepas pada siri lepas dengan mengumumkan Dishonored – Definitive Edition untuk siri gen kini.

Definitive Edition akan mula dipasaran pada Ogos untuk platform konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Namun tiada berita untuk PC buat masa kini.

DOOM Baharu



Selepas teaser, kini DOOM sebuah game klasik akan dilancarkan pada tahun 2016.

Berserta pelancaran game ini, Bethesda juga mengumumkan DOOM SnapMap sebagai sebuah program yang dimana pemain boleh mencipta kempen mereka sendiri.

Video DOOM yang dikeluarkan oleh pihak Bethesda agak ngeri dan brutal sehingga mempunyai beberapa kontroversi.

DOOM akan dipasarkan untuk platform PS4, Xbox One dan PC.

Antara Game-Game Yang Lain

BATTLECRY

The Elder Scrolls Online: Tamriel Unlimited

The Elder Scrolls: Legends

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen