fbpx

Sackboy: A Big Adventure Bakal Hadir Ke PS4 Pada 12hb November Ini

PlayStation Asia telah mengumumkan Sackboy: A Big Adventur akan hadir ke PS4 pada 12hb November ini.

Tarikh pelancaran ini sudah boleh dijangkakan, kerana ianya sebagai salah satu permainan pelancaran untuk PS5. Sackboy dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales adalah permainan rentas-generasi Sony yang boleh dimainkan di PS4 atau PS5 untuk tahun ini.

Sackboy, karakter yang diinspirasikan oleh permainan LittleBigPlanet kini mendapat permainannya sendiri dengan konsep platformer 3D. Permainan yang dibangunkan oleh Sumo Digital ini membolehkan pemain mengembara dunia dengan teknik gerakan yang unik untuk merempuh cabaran dan musuh. Multi-pemain juga tersedia sama ada secara lokal ataupun atas talian. Malah, beberapa tahap hanya khas untuk dimainkan sebagai multi-pemain.

Sackboy: A Big Adventure bakal dijual pada harga RM249 untuk versi digital atau fizikal dan ianya mendapat naik taraf secara percuma kepada versi PS5. Versi lain juga bakal dijual seperti Digital Deluxe Edition pada harga RM339 dan Special Edition untuk fizikal pada harga RM379.


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -