fbpx

Saints Row V Tertiris – Sambungan Jalan Cerita Dari Siri Ke-3

Nampaknya selepas pelancaran remaster Saints Row: The Third, Deep Silver dan Volition mungkin melancarkan siri ke-5 permainan ini, mengikut dari laporan dari laman forum ResetEra (melalui PlayStation Lifestyle). Laporan tersebut menyatakan salah satu pengguna yang tidak diketahui memuat naik maklumat mengenai Saints Row V didalam halaman 4Chan.

Melalui laporan tersebut, jalan cerita yang akan dibawa dalam Saints Row V adalah sambungan dari Saints Row: The Third, yang dimana baru sahaja mendapat bentuk “remastered” beberapa bulan yang lepas.

Beberapa maklumat lain adalah Saints Row V dilaporkan akan ditempatkan didunia moden bandar Stilwater, dan ketiadaan kuasa super yang kita lihat didalam siri Saints Row keempat.

Permainan terakhir Saints Row yang diterbit oleh Deep Silver (tidak termasuk Remastered atau Koleksi) adalah Gat Out Of Hell, iaitu pada tahun 2015, manakal versi asal Saints Row: The Third adalah pada 9 tahun yang lepas.

Berkaitan

- Iklan -

Komen