Acara E3 akan hadir kelak, dan kesemua syarikat permainan video akan memaparkan permainan terkini mereka kepada umum dengan kaunter pameran mereka dengan reka bentuk menarik. Malah, mereka juga merebut untuk mendapatkan kemenangan status kaunter pameran yang terbaik.
Sony, yang telah memenangi hati peminat selama beberapa tahun kini kembali secara agresif dengan kaunter pameran yang terbesar pada acara E3 2017 kelak.
Mengikut dari gambar pelan melalui laman web NeoGAF menunjukkan Sony menempah saiz kaunter pameran mereka sebesar 43,500 kaki persegi, dua kali lebih besar dari Microsoft, dengan saiz sebanyak 17,412 kaki persegi. Malah, Nintendo juga akan mempunyai kaunter yang agak besar, iaitu 32,400 kaki persegi.
Ramai yang tahu bahawa Microsoft akan mengumumkan Project Scorpio mereka pada acara E3 nanti, maka mempunyai saiz kaunter pameran yang kecil adalah amat janggal kepada umum.