Salah Satu Laman Web Digodam Kerana Markah Reviu Zelda Yang Rendah

Now Reading
Salah Satu Laman Web Digodam Kerana Markah Reviu Zelda Yang Rendah

Zelda: Breath of the Wild telahpun berada dipasaran beberapa hari yang lalu dan mendapat markah reviu yang agak cemerlang dari beberapa pengkritik.

Malah, terlalu cemerlang sehinggakan mendapat status salah satu permainan video yang mendapat reviu tertinggi diantara permainan yang lain.

Namun, salah satu pengkritik Jim Sterling, memberikan markah pada paras 7/10 membangkitkan ketidakpuashati beberapa pembaca.

“Ianya adalah sebuah permainan yang bagus, Breath of the Wild menyediakan pengalaman penuh dari siri Zelda sebelumnya….. Malangnya, ianya membuatkan pemain perlu bekerja lebih keras dari apa yang sepatutnya. Dan agak menjengkelkan pemain dengan cabaran yang menghampakan.”

Berikut adalah pandangan beliau mengenai permainan tersebut sehinggakan laman web beliau digodam melalui teknik DDoS. Beliau memuat naik status berikut didalam Twitter:

Beliau juga mendapat tuduhan atas sebab membalas dendam mengenai isu hakcipta beliau dengan Nintendo sebelum ini.

Buat masa ini, kami cuba mengakses laman web beliau, namun masih gagal (walaupun dengan sistem pengelakan DDoS).

Bagaimana dengan pendapat anda? Anda beliau cukup jujur dengan reviu ini atau hanya perasaan individu semata?

About The Author
Hafiz J
Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.
Comments
Leave a response

Komen