SEGA tidak akan mempunyai booth mereka sendiri pada E3 Jun ini. Kenyataan ini telah disahkan oleh mereka sendiri melalui Game Informer.
Namun, mereka akan bekerjasama dengan sesetengah rakan bisnes mereka untuk pamerkan senarai game mereka seperti Total War: Warhammer semasa E3 nanti.
“Banyak game yang akan dilancarkan pada penghujung 2015 dan 2016, terutama sekali dari studio AAA kami, Relic Entertainment, Sports Interactive dan Creative Assembly, kami akan memberi tumpuan yang penuh untuk game-game ini” kata SEGA.

