Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Selepas Konami, EA Dikutuk Keras Tahun Ini Di The Game Awards

78

Walaupun The Game Awards tidak semegah seperti piala Oscars didalam segmen permainan video, namun ianya mampu menyampai mesej kepada semua didalam industri ini. Dan ianya mempunyai cerita dan kontroversinya tersendiri, khususnya pada tahun 2015 dan 2016 dimana Konami mendapat reputasi buruk terhadap kelakuan mereka kepada Hideo Kojima, seorang pereka permainan video yang terkenal.

Namun pada tahun ini, Konami terselemat dari mangsa “beg penumbuk”, kebanyakannya memilih EA untuk mangsa seterusnya.

Kita semua tahu tahun ini bukanlah tahun terbaik bagi EA dengan kualiti permainan video, dan khususnya kontroversi loot box mereka.

Ianya bermula dari Zachary Levi semasa anugerah kedua acara tersebut. Jenaka beliau mengenai “mikro-transaksi” terpaksa digunakan sebelum mengumumkan pemenang permainan video aksi terbaik ternyata memberi kesan kepada mana-mana syarikat yang mengamalkan konsep tersebut.

Malah, Bethesda mengeluarkan iklan yang agak lawak mengenai diskaun yang mereka akan berikan pada semua permainan “single-player” mereka pada tahun ini. Sudah semestinya video ini adalah sebuah rujukan dari kenyataan EA mengenai penutupan studio Visceral dengan koleksi permainan Dead Space mereka, dan juga kenyataan CFO EA, Blake Jorgensen menyatakan permintaan permainan video single-player berkurang.

Dan yang terakhir adalah dari Josef Faris, Ketua Kreatif disebalik permainan A Way Out menyatakan syarikat penerbit beliau mempunyai masalah dan beliau cuba untuk mengelakkan permainan video beliau dari loot box mahupun amalan buruk dari EA. Walaubagaimanapun, beliau menerangkan bahawa penerbit tersebut melayan syarikat beliau dengan baik.

EA tidak memenangi mahupun terpilih dari mana-mana penganugerahan dari Game Awards tahun ini.

- Iklan -

Artikel Asal: Gamer Matters