Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Sertai Bengkel Bina Permainan Mudah Alih Pada Mac Ini Di Puchong

32

Jikalau salah satu impian anda adalah untuk membina permainan mudah alih sendiri, maka program ini amat sesuai untuk anda. Sebuah program yang dianjurkan oleh SYSV Ventures, bengkel ini akan dibuat di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Puchong pada 18hb Mac ini, 9 pagi hingga 6 petang.

Antara topik yang akan dipelajari adalah seperti teori untuk permainan mudah alih, membina dan menstruktur permainan dan pelbagai topik yang berkaitan.

Image may contain: 18 people, people smiling, phone

Menurut dari SYSV Ventures, peserta akan mampu memperolehi ilmu membina permainan seperti Flappy Bird, Angry Bird, mahupun Super Mario.

Pendaftaran kini telahpun dibuka dengan kos RM149 atau RM299 untuk 2 tempat duduk (dengan tambahan 1 lagi secara percuma) dan terhad kepada 30 peserta sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mendaftar melalui laman web rasmi mereka ataupun hubungi melalui laman Facebook SYSV Ventures.