Shadow Arena, ialah sebuah permainan aksi battle royale dari pereka permainan MMORPG Black Desert, Pearl Abyss. Setelah beberapa percubaan beta dibuat, pihak pembangun membuat pengumuman dimana permainan ini akan dilancarkan pada bulan Mei ini.
Walaubagaimanapun, ianya akan dilancarkan sebagai Steam Early Access, ini bermakna proses pembangunan masih dibuat walaupun pelancaran telah dibuat. Permainan ini akan menyokong 14 bahasa semasa pelancaran, ianya termasuk Bahasa Inggeris, Indonesia, Thai dan Turki. Anda juga boleh menjangkakan kedatangan hero semasa pelancaran Mei nanti.
Pearly Abyss menyatakan bahawa beliau gembira dengan status percubaan beta terakhir untuk Shadow Arena, yang telah dibuat pada minggu lepas. Statistik juga agak positif dengan bilangan pemain kekal dengan jumlah penonton didalam Twitch.
Dengan berteraskan mekanik dari Black Desert, Shadow Arena akan dihadiri sedikit perbezaan khususnya konsep battle royale. Permainan akan dimulai dengan 40 pemain dan mencari barangan terbaik dengan menewaskan musuh AI, dan seterusnya melawan sehingga pemain terakhir untuk mencapai kemenangan.
Malah, beberapa idea baharu juga dibawa ke Shadow Arena, dimana anda boleh baca pandang pertama oleh rakan kami di Gamer Matters.
Shadow Arena akan mula dilancarkan untuk PC secara Steam Early Access pada 21hb Mei nanti.

