Jikalau anda salah seorang racing gamer yang kental, anda pasti pernah dengar syarikat bernama Genki, sebuah studio pembina permainan video terkenal dari Jepun dengan produk kualiti mereka seperti Tokyo Xtreme Racer ataupun Kaido Battle, sebuah permainan perlumbaan berkonsepkan drift yang pernah terkenal suatu ketika dahulu.
Genki kembali dengan pengumuman untuk pelancaran Shutokou Battle Xtreme hanya untuk platform mudah alih seperti iOS dan Android secara percuma. Genki juga sedang melancarkan kempen pra-pendaftaran kepada pemain yang berminat melalui laman web rasmi mereka. Kempen ini adalah bertujuan untuk memberi bonus mengikut kepada bilangan pendaftar yang berminat untuk permainan ini.
Battle Xtreme akan mempunyai konsep ubah suai kereta yang terperinci seperti siri Shutokou Battle (Tokyo Xtreme Racer) yang lepas. Senarai kereta juga telah diumumkan seperti dibawah, namun berkemungkinan lebih banyak senarai kereta akan ditambah semasa pelancaran.
- Daihatsu Copen Cero
- Honda S660
- Honda NSX-R (NA2)
- Mazda RX-7
- Mitsubishi Lancer Evolution Final Edition
- Nissan GT-R
- Toyota 86
- Subaru Levorg
- Suzuki Alto Works
Sumber: GTPlanet