Gamer Malaya
Info Permainan Video Terkini Malaysia

- Iklan -

Silent Hills Dibatalkan – Konami

22

Berita buruk buat peminat game seram yang terkenal dari Konami, Silent Hills.

Sebelum ini, Konami pernah mengeluarkan demo bernama P.T. (Playable Teaser) yang memberikan gambaran bahawa siri Silent Hills akan kembali untuk peminat game seram ini.

Namun ianya baru sahaja ditarik dari Playstation Store dan banyak spekulasi bahawa game ini akan dibatalkan.

Malangnya, spekulasi tersebut adalah benar dimana Konami sudah menyatakan ianya akan dibatalkan.

“Kami dari Konami sentiasa komited untuk Silent Hills, namun buat masa ini ianya tidak dapat diteruskan”

Dalam masa yang sama, ramai peminat masih menunggu pelancaran game Konami yang lain seperti Metal Gear Solid. Satu lagi kontroversi sebelum ini dimana Konami memadam nama Kojima dan logonya dari laman web rasmi game itu sendiri.

Dengan insiden tersebut orang ramai menyatakan kemungkinan bahawa Kojima telah meninggalkan syarikat beliau yang dimana membina game Metal Gear Solid ini.

Sumber