Untuk pemain FIFA khususnya didalam mod career, mungkin ini berita yang kurang enak untuk anda.
Mengikut dari laporan PushSquare, simpanan profil mod career didalam FIFA 21 untuk konsol gen-kini tidak akan dibawa ke konsol gen-baharu.
Ini dinyatakan secara rasmi melalui halaman FAQ rasmi FIFA 21 dimana hanya Ultimate Team dan Volta hanya boleh dibawa ke konsol gen-baharu seperti PS5 dan Xbox Series X|S. Malangnya, kandungan dari Career dan Online Seasons tidak boleh turut serta dibawa.
Satu perkara yang agak mengecewakan khususnya kepada pemain yang ingin memindahkan pasukan-pasukan mereka ke PS5 / Xbox Series X|S dengan batasan ini.
Walaupun EA menawarkan naik taraf percuma untuk pemilik FIFA 21 platform PS4 dan Xbox One, pemain nampaknya perlu bermain semula apabila mereka mendapat konsol baharu mereka kelak.
FIFA 21 kini tersedia di PS4, Xbox One dan PC.