Melalui kenyataan Sony (sumber Destructoid) bahawa siri animasi (anime) Gravity Rush akan hadir secara percuma melalui laman web YouTube bermula jam 12:00 tengah malam ini.
Ianya akan dimuat naik melalui akaun YouTube rasmi PlayStation yang akan menayangkan siri animasi yang berdurasi dari 7 – 9 minit. Bersempena dengan pelancaran permainan Gravity Rush 2 pada bulan hadapan, siri animasi ini adalah sebuah inisiatif untuk menerangkan sedikit penceritaan yang berkaitan dengan siri permainan sebelumnya, Gravity Rush yang boleh dimain melalui platform PS Vita dan PlayStation 4.
Mengikut dari Destructoid lagi, siri animasi yang dibina oleh Studio Khara ini akan lebih memfokuskan kepada sesi perlawanan berbanding dari jalan penceritaan.
Banyak permainan video kini memfokuskan jalan cerita yang akan dipecahkan melalui pelbagai segmen, seperti Final Fantasy sebagai contoh yang dimana pemain perlu memahami sepenuhnya melalui siri animasi mereka, filem tayangan Final Fantasy Kingsglaive dan juga melalui permainan videonya sendiri, Final Fantasy XV.

