Setelah beberapa info tertiris sebelum ini, akhirnya Niantic, mengumukan bahawa sistem companion / buddy untuk Pokemon GO akan hadir dalam jangka masa yang terdekat.
Mengikut dari kenyataan rasmi media, sistem ini akan membolehkan pemain memilih Pokemon kegemaran mereka dan akan berpeluang mendapat pelbagai ganjaran.
Pokemon yang dipilih akan dipaparkan sebelah avatar pemain dan sekaligus akan mendapat “candy” untuk Pokemon tersebut pabila berjalan bersama. Pemain juga boleh menukar pokemon kegemaran mereka pada bila-bila masa secara bebas.
Setakat ini tiada tarikh rasmi tentang bila kemaskini baharu ini akan hadir kepada aplikasi Pokemon GO dari Niantic.