Rangkaian kemahiran atau “skill tree” adalah satu set kemahiran karakter pemain yang diperoleh dan dikembangkan semasa pengembaraan dibuat. Blizzard, yang kini didalam proses pembangunan RPG aksi akan datang mereka, Diablo IV, mempunyai rangkaian kemahiran yang menggunakan sebatang pokok.
Maklumat ini diperlihat melalui kemaskini dari pembanguna Diablo IV, Blizzard. Perkongsiannya bukan sahaja tentang rangkaian kemahiran, malah mereka juga menceritakan pandangan mereka disebalik perubahan bentuk permainan untuk sekuel permainan yang dinantikan ini.

Melihat dari gambar diatas, ianya dibahagi dengan jelas untuk memudahkan pemain fahami konsep rangkaian ini. Skil dan pasif akan diasing. Skil adalah dibahagian ranting-ranting diatas, manakal pasif dibawah melalui rangkaian akar.
Satu lagi maklumat menarik adalah, “skill tree” tidak sepatutnya diperoleh 100%. Para pembangun menyasarkan hanya pada paras 30% sehingga 40% boleh diperoleh oleh pemain semasa mencecah penghujung permainan. Ini membolehkan pembangunan karakter lebih unik berbanding dengan mencapai kesemua skil.
Jikalau anda salah seorang kipas susah mati untuk siri Diablo, anda boleh lihat nota kemaskini mereka yang lebih mendalam.
Sumber: Gamer Matters.

