Setelah EA, Bethesda, Microsoft dan Ubisoft mengumumkan bahawa mereka akan membentangkan pada acara E3, kini Sony juga membuat pengumuman yang sama pada persidangan E3 ini.
Mereka akan membuat persidangan mereka pada Jun 15, 6:30PM waktu Pasifik (9:30AM, Jun 16 Waktu Malaysia). Berdasarkan tarikh tersebut, ianya adalah tarikh yang sama untuk Ubisoft dan Microsoft membuat pembentangan E3 mereka.
Buat masa ini, masih tiada lagi berita lanjut tentang persidangan mereka, namun Sony berkemungkinan akan memaparkan lebih lanjut tentang game No Man’s Sky dan tajuk-tajuk indie yang lain.

