fbpx

Sony Akui Oculus VR Lebih Berkualiti Berbanding PlayStation VR

Tahun ini amatlah menarik dengan kehadiran tiga peranti VR (Realiti Maya) didalam pasaran konsumer seperti HTC Vive, Oculus Rift dan yang terbaru, PlayStation VR. Dengan pengumuman pelancaran peranti yang dulunya dikenali Project Morpheus, PlayStation VR kini mempunyai tag harga yang amat menarik dengan hanya $399, manakala $600 untuk Oculus Rift dan $800 bagi harga Vive.

Namun, mengikut dari temu ramah yang dibuat oleh Polygon bersama dengan menyatakan bahawa Oculus Rift VR lebih berkualiti berbanding PlayStation VR.

[blockquote cite=”Masayasu Ito”]”Jikalau anda ingin berkata tentang kualiti, ya, Oculus adalah sebuah peranti VR yang lebih baik. Namun ianya juga memerlukan sebuah komputer yang berkuasa dengan kos yang lebih mahal dari konsol PlayStation 4“[/blockquote]

Beliau juga menyatakan bahawa peranti VR dari Sony adalah mempunyai segmen pasaran mereka sendiri, yang dimana ianya lebih memfokuskan kepada pasaran umum berbanding Oculus Rift dan HTC Vive yang lebih kepada pasaran yang agak spesifik dengan kos yang tinggi.

[blockquote cite=”Masayasu Ito”]”Apa kelebihan kami (Sony) adalah unit ini serasi dengan PS4. Ianya untuk kegunaan harian, maka ianya senang untuk digunakan dan mampu milik.“[/blockquote]

Kata beliau lagi.

Sony baru sahaja mengumumkan maklumat rasmi PlayStation VR seperti harga dan tarikh pasaran sebentar tadi dari acara GDC (Game Developers Conference).

 


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular Minggu Ini


JANGAN KETINGGALAN!

Langgani TelegramDiscord atau Emel kami dan dapatkan berita permainan video terkini!

Popular

- Iklan -