Sony Memperkenalkan Pakej Permainan 2-in-1 Didalam Bentuk Fizikal

Now Reading
Sony Memperkenalkan Pakej Permainan 2-in-1 Didalam Bentuk Fizikal

Mengapa perlu beli satu permainan dimana anda boleh bayar harga yang sama untuk dua? Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch (SIES) memperkenalkan pakej dua-dalam-satu untuk permainan yang mendapat status jualan terbaik. Menariknya, ianya akan didatangkan didalam bentuk fizikal.

Permainan yang dijual untuk pakej ini adalah Bloodborne, sebuah permainan dari FromSoftware yang telah dilancar semenjak tahun 2015, dan juga disertai dengan The Last Of Us Remastered sebagai salah satu pakej bernama Masterpiece Pack. Sebuah lagi pakej yang ditawarkan adalah Family Pack, membawakan Patapon Remastered dan LocoRoco Remastered.

*Patapon Remastered hanya disediakan didalam versi Traditional Chinese buat masa kini.

Jikalau anda terlepas permainan diatas sebelum ini, sekarang adalah masa yang terbaik. Masterpiece Pack akan dijual pada RM199 manakal Family Pack pada RM129.

Artikel Asal: Gamer Matters

About The Author
Hafiz J

Seorang gamers yang hampir bersara namun gigih untuk mengasingkan kesibukan masa mencari rezeki beliau dengan bermain permainan video. Impian untuk memiliki seunit konsol mudah alih sejak zaman GameBoy lagi. Namun masih lagi tidak tercapai.

Comments
Leave a response

Komen